Ayam penyet nampak macam biasa-biasa jer. Tapi bahan dan cara boleh tahan banyak juga nak kena sediakan. Boleh ikut Resipi Nasi Ayam Penyet ini.
1. Bahan – bahan untuk rebus ayam:
- Ayam – 1 ekor (potong 4)
- Serai – 4 batang (diketuk)
- Kiub ayam – 2
- Serbuk kunyit – 2 sudu besar
- Air
CARA-CARA:
- Masukkan semua bahan diatas. Pastikan ayam tenggelam sepenuhnya di dalam periuk.
- Masak sehingga ayam empuk. Toskan.
2. Bahan-bahan untuk Perap Ayam:
- Tepung beras – 1 cawan
- Jintan manis – 1 sudu besar
- Jintan putih – 1 sudu besar
- Ketumbar – 1 sudu besar
- Soda bikabornat – 1 sudu kecil
- Serbuk kunyit – 1 sudu besar
- Kiub ayam – 1
- Air rebusan ayam
- Lada hitam
- Garam
- Tauhu & tempe
CARA-CARA:
- Perapkan ayam, tauhu dan tempe selama 1jam sebelum digoreng.
- Selepas 1jam, goreng ayam, tauhu dan tempe secara “deep fry”. Goreng sehingga kekuningan/coklat.
- Toskan dan ketuk ayam (mengikut citarasa).
3. Bahan – bahan Untuk Sambal:
- Bawang merah – 5 ulas (potong 2@4) *
- Bawang putih – 3 ulas *
- Tomato – 2 biji (potong 4) *
- Cili merah – 3 *
- Cili padi – 15 *
- Belacan – 1/2 inci (optional) *
- Gula melaka – 1 keping
- Asam jawa – 1 sudu besar (bancuh)
- Garam
CARA-CARA:
- Goreng kan bahan bertanda * seketika. Toskan. Biarkan sejuk.
- Selepas itu kisar semua bahan yang telah digoreng tadi.
- Tumis semua bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan gula melaka, asam jawa dan garam. Masak sehingga sebati semuanya.
- Siap untuk dihidang bersama nasi dan ayam.