Buat maggi bodo tu simple sangat, upgrade sikit. Buat kerabu maggi. Sedap sangat. Boleh cuba Resipi Kerabu Maggi Thai – Seafood
BAHAN – BAHAN:
- Maggi serda – 2 paket
- Maggi kosong biasa – 2 paket
- Tomato – 1 biji (dihiris)
- Bawang besar – 1 biji (dihiris)
- Limau nipis – 2 biji (diperah)
- Sos ikan – 1 sudu besar
- Pes tomyam – 1 sudu besar
- Kubis ungu
- Daun ketumbar
- Isi ketam
- Udang
- Sotong
- Air rebusan seafood
CARA – CARA:
- Rebuskan maggi, isi ketam, udang dan sotong seketika. Toskan.
- Masukkan ke dalam bekas besar.
- Selepas itu, masukkan perencah, pes tomyam, bawang besar, tomato, kubis ungu, isi ketam, udang dan sotong. Gaul sebati.
- Perasanan dengan sos ikan, gula, air limau nipis dan air rebusan seafood (agak-agak)
- Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang.
(P/s: boleh letak cili padi jika suka pedas)