BAHAN – BAHAN:
- Ikan masin – 4 keping (ikan tenggiri)*buang tulang tengah
- Nasi – 3 mangkuk sederhana
- Sayur kailan
- Telur – 2 biji
- Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk)
- Bawang hollans – 1 biji (dihiris)
- Cili padi – 3 (diketuk)
- Sos tiram
- Sos ikan
- Garam
- Gula
CARA – CARA:
- Gorengkan ikan masin sehingga garing. Kemudian masukkan bawang putih, bawang holland dan cili padi. Masak sehingga naik bau.
- Ketepikan. Pecahkan 2 biji telur. Kacau hancur sehingga masak. Gaul bersama bahan yang telah diketepikan tadi.
- Masukkan sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan nasi. Gaul sebati.
- Akhir sekali masukkan sayur kailan. Masak sekejap. Sedia untuk dihidang bersama telur mata.