Basque Burnt Cheese Cake (Cup Cake)

Basque Burnt Cheese Cake (Cup Cake)

BAHAN-BAHAN:

  • Cream cheese – 500g (suhu bilik)
  • Whipping cream – 1 cawan
  • Telur gred A – 3 biji
  • Tepung gandum – 2 sudu besar
  • Gula kastor – 2/3 cawan
  • Garam – ¼ sudu kecil
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Paper cup
  • Baking paper

Cara-cara:

  1. Pukul cream cheese dan gula kastor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukkan esen vanilla.
  3. Pukul sehingga adunan sebati.
  4. Masukkan tepung, kacau menggunakan ‘hand whisk’ sehingga rata.
  5. Kemudian, masukkan whipping cream dan garam. Pukul semua adunan sehingga sebati.
  6. Panaskan oven 200°
  7. Masukkan adunan ke dalam paper cup yang telah dialaskan dengan baking paper (supaya tak melekat). Pastikan baking paper dialaskan tinggi daripada paper cup.
  8. Bakar kek pada suhu 200°C untuk 45 hingga 50 minit menggunakan api atas bawah. Naikkan suhu 210°C pada 10 minit terakhir.
  9. Apabila sudah masak, keluarkan dan biarkan selama 15 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (lebih kurang 1 jam).