Resipi Kerabu Perut Kelantan

Resipi Kerabu Perut Kelantan

BAHAN – BAHAN

  • Perut lembu – ½ kg
  • Kelapa parut – 1 cawan
  • Kacang panjang 5 
  • Daun Kesum – 6 batang
  • Bunga kantan 1
  • Bawang merah – 5 biji
  • Serai – 3 batang
  • Cili padi – 8 tangkai
  • Serbuk lada hitam – 1 sudu besar
  • Bawang putih – 4 biji
  • Isi ikan ( 2 ekor ikan selayang yg direbus) 
  • 2 sudu gula
  • Garam secukup rasa
  • Jus limau nipis sebiji
  • Santan segar / kotak  – 1 cawan

CARA-CARA

  1. Rebus perut guna pressure cooker 20 minit ( periuk biasa rebus sehingga empuk)
  2. Goreng kelapa sehingga garing, dan masukkan bawang dan serai yg dihiris
  3. Kisar dengan food processor / boleh tumbuk guna lesung ( isi ikan, serbuk lada hitam, garam,  gula,  kelapa goreng)
  4. Potong kecil ( kacang panjang, daun kesum, bunga kantan, cili padi)
  5. Akhir sekali campur kesemua 1-4, dan masukkan santan segar dan jus limau nipis – gaul sampai rata

Sedia untuk dimakan.