Resipi Sup Tulang

Resipi Sup Tulang

Fuh sedapnya sup tulang ni. Nak buat sup tulang makan masa sikit, yang penting sedap. Ikut Resipi Sup Tulang dalam ini.

Bahan-bahan:

  • Tulang lembu – 1kg
  • Bawang merah – 3 ulas (dimayang)
  • Bawang putih – 1 labu (dimayang)
  • Halia – 1 ½ inci (dimayang)
  • Rempah sup tulang – 1
  • Asam gelugor -2 keping
  • Garam
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Cili padi (dipotong halus)

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan air dan tulang lembu sehingga tenggelam. Masukkan rempah sup tulang.
  3. Masak sehingga daging pada tulang empuk, kemudian masukkan garam dan asam gelugor.
  4. Sedia untuk dihidang. Taburkan daun sup, bawang goreng dan cili padi.

p/s: boleh jugak masukkan ubi kentang.