Resipi Nasi Arab Kambing

Resipi Nasi Arab Kambing

1. Bahan-bahan perap kambing:

  • Kambing – 1 kg (direbus empuk)
  • Serbuk lada hitam – 1 sudu besar
  • Serbuk kurma – 2 sudu besar
  • Garam
  • Kiub ayam – ½

Cara-cara:

  1. Perap kambing yang direbus tadi dengan serbuk kurma, lada hitam, garam dan kiub ayam sehingga sebati.
  2. Bakar seketika 10 minit pada suhu 160°

2. Bahan-bahan nasi:

  • Beras basmathi – 1 cawan (direndam 30 minit dan dibasuh bersih)
  • 4 sekawan
  • Minyak sapi -1 sudu besar
  • Puri tomato – 1 sudu besar
  • Bawang besar – 1 biji (potong dadu)
  • Lada hitam – ½ sudu kecil
  • Garam
  • Air rebusan secukupnya
  • Pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Masukkan minyak sapi, tumis bawang besar, 4 sekawan, dan lada hitam sehingga naik bau
  2. Masukkan puri tomato dan sedikit garam. Kacau seketika dan masukkan beras. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan air rebusan secukupnya dan masukkan daging yang telah dibakar.
  4. Masak nasi seperti biasa. Titiskan pewarna kuning 10 minit sebelum nasi masak.