Resipi Puding Roti Kastard

Resipi Puding Roti Kastard

1. Bahan-bahan Roti:

  • Roti – 7 keping
  • Susu segar – 2 cawan
  • Gula – 4 sudu besar
  • Telur – 2 biji (gred A)
  • Butter – 2 sudu besar

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur ke dalam periuk. Masukkan susu segar, gula dan butter. Kacau sebati.
  2. Hidupkan api (sederhana), masak sehingga mendidih. Ketepikan dan sejukkan.
  3. Carikkan roti dan susun di dalam loyang. Kemudian, tuang adunan yang dimasak tadi. Taburkan kismis.
  4. Bakar pada suhu 180°C selama 20 hingga 30 minit.

 

2. Bahan-bahan Sos Kastard:

  • Susu cair – 1 tin
  • Air – ½ cawan
  • Gula – 3 sudu
  • Tepung kastard – 2 sudu besar

Cara-cara:

  1. Masukkan susu cair, gula dan air ke dalam periuk. Api perlahan. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung kastard dan kacau perlahan supaya tidak berketul.
  3. Masak sehingga kuah agak pekat. Tutup api.
  4. Sedia untuk dihidang bersama roti yang telah dibakar tadi.