Bahan-bahan:
- Belimbing buluh – 3 kg
- Ikan bilis – 300 gram (dikisar)
- Bawang holland – 2 biji (dikisar)
- Cili padi – 20 tangkai (dikisar)
- Garam
- Gula
Cara-cara:
- Cuci belimbing buluh sehingga bersih. Toskan. Kemudian rebus belimbing buluh dengan sedikit garam kasar selama 3 hingga 4 jam (bertukar warna hitam). Api sederhana sahaja.
p/s: tak perlu tambah air, nanti air dari belimbing buluh akan keluar. - Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak dan garing. Perasakan dengan garam dan gula. Perlahankan api.
- Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau sehingga sambal menjadi agak kering dan sebati.