Resipi Ayam Masak Kicap

Resipi Ayam Masak Kicap

Bukan biasa-biasa, masak kicap pun sedap. Boleh cuba Resipi Ayam Masak Kicap ini

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1 ekor (perap dengan garam dan serbuk kunyit, goreng separuh masak)
  • Kicap manis – secukupnya
  • Sos tomato – 1 sudu besar
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris)
  • Lada hijau – 2 tangkai (potong serong)
  • Tomato – 2 biji (potong dadu)
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar – 2 biji *
  • Bawang merah – 10 ulas *
  • Bawang putih – 3 ulas *
  • Halia – ½ inci *
  • Cili kering – 10 tangkai *

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan kicap manis dan sos tomato.
  2. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Masukkan tomato, bawang holland dan lada hijau.
  4. Masak sehingga mendidih dan sebati. Sedia untuk dihidang.