Cara Buat Telur Bistik

Cara Buat Telur Bistik

Nampak je macam goreng telor biasa, tetapi ada teknik-teknik dia, baru jadi. Boleh cuba cara buat telur bistik di bawah ini. Sedap!

Bahan-bahan:

  • Telur – 3 biji
  • Ayam – potong dadu
  • Carrot – potong dadu
  • Cauliflower
  • Cili padi – 3 tangkai (potong halus)
  • Bawang holland -1 biji (potong dadu)
  • Bawang putih – 2 ulas (ditumbuk)
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Air 

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam. Masak sekejap.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan cili padi, carrot dan cauliflower.
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Tutup api dan ketepikan.
  6. Goreng telur sehingga garing.
  7. Akhir sekali, tuang kuah bistik ke atas telur yang telah digoreng.