Bahan-bahan caramel:
- Gula – 1 cawan
- Air – 1 cawan
Cara-cara:
- Masukkan gula ke dalam periuk (api sederhana), biarkan mencair.
- Kemudian masukkan air. Kacau sehingga sebati. Sejukkan di dalam loyang.
Bahan-bahan puding:
- Telur gred A – 12 biji
- Esen vanilla – 1 sudu kecil
- Gula – 1 cawan
- Susu cair – 1 tin
Cara-cara:
- Pecahkan semua telur ke dalam bekas kosong. Masukkan gula dan kacau menggunakan hand whisk.
- Masukkan esen vanilla dan susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah diisi dengan caramel.
- Masukkan ke dalam pengukus. Pastikan air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu.
- Kukus selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan di dalam chiller sebelum dihidangkan.