Bahan-bahan:
- Daun pandan – 6 helai *
- Santan – 2 cawan *
- Tepung gandum – 2 cawan *
- Gula – 1 cawan *
- Telur gred A – 2 biji *
- Mentega – 2 sudu besar *
- Garam – ½ sudu kecil *
- Esen vanilla – 1 sudu kecik *
- Pewarna hijau – ½ sudu kecil *
- Bijan – untuk topping *
Cara-cara:
- Kisar daun pandan bersama 1 cawan air. Kemudian tapiskan.
- Masukkan air pandan tadi ke dalam pengisar.
- Kemudian masukkan bahan bertanda *.
- Kisar kesemua bahan bertanda * sehingga sebati.
- Sapu mentega pada loyang. Tuangkan adunan yang dikisar tadi.
- Tabur bijan, dan bakar pada suhu 175°C selama 45 minit atau sehingga masak.
p/s: untuk 5 minit terakhir, bakar dengan api atas sahaja untuk hasilkan kerak.