Bahan-bahan sos putih:
- Mentega – 2 sudu besar
- Tepung gandum -2 sudu besar
- Susu segar – 2 cawan
- Kiub ayam – ½
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dalam periuk.
- Kacau dalam api perlahan sehingga mendidih dan sos menjadi pekat. Matikan api dan ketepikan.
Bahan-bahan macaroni:
- Macaroni – 3 cawan
- Bawang holland – 2 biji (potong dadu)
- Carrot – 1 batang (potong dadu)
- Tomato – 2 biji (potong dadu)
- Tomato puri – 1 tin kecil
- Sos cili – 2 sudu besar
- Ayam – 1 keping bahagian dada
- Mozzarella cheese parut
- Mixed herbs
- Garam
- Gula
Cara-cara:
- Rebus macaroni dalam periuk berisi air. Rebus sehingga agak empuk. Toskan dan ketepikan.
- Tumis bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
- Masukkan ayam. Kacau sebati sehingga ayam masak.
- Masukkan tomato puri, air separuh cawan dan sos cili.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Masukkan pula carrot dan tomato.
- Masukkan macaroni yang telah direbus. Gaul sebati. Tutup api.
- Sapu sedikit mentega pada bekas makanan aluminium. Masukkan macaroni, tuangkan sos putih dan taburkan mozzarella cheese. Akhir sekali, tabur mixed herbs.
- Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.