Nasi Goreng Ikan Rebus

Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan-bahan:

  • Nasi – 4 cawan
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Ayam 
  • Ikan rebus – 5 ekor (digoreng terlebih dahulu dan ambil isi sahaja)
  • Carrot 
  • Cauliflower
  • Cili padi – 3 tangkai (dipotong)
  • Cili merah besar – 1 tangkai
  • Garam
  • Gula
  • Kiub ayam – 1
  • Telur – 2 biji

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam. Kemudian ketepikan ayam, dan pecah kan telur di tengah-tengah kuali. 
  3. Biar kan telur masak dan gaul bersama ayam. 
  4. Kemudian masukkan carrot dan cauliflower. Masukkan kiub ayam.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masukkan nasi. Gaulkan. Masukkan pula ikan rebus goreng, cili padi dan cili merah besar. 
  7. Gaul semuanya sehingga sebati. Tutup api. Sedia untuk dihidang bersama ikan rebus goreng seekor.