Resipi Onde onde Kelantan

Resipi Onde Onde Kelantan - Buah Melaka

Cara buat Onde-onde /  Buah Mulong atau juga dikenali Buah Melaka

Bahan-bahan:

  • Daun pandan – 6 helai (dikisar bersama 1/2 cawan air)
  • Tepung pulut – 1 cawan
  • Pewarna hijau sedikit
  • Gula melaka/nisan – potong dadu
  • Air rebusan
  • Kelapa parut – 1/2 biji
  • Garam

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung pulut bersama air daun pandan dan pewarna hijau sedikit demi sedikit sehingga doh boleh diuli. 
  2. Bulatkan doh, dan masukkan gula melaka di tengah dan bulatkan sehingga tertutup.
  3. Gaulkan kelapa parut dan sedikit garam. Ketepikan.
  4. Pastikan air rebusan mendidih, kemudian masukkan onde-onde ke dalam periuk.
  5. Masak sehingga onde-onde timbul di permukaan air.
  6. Kemudian golekkan onde-onde ke dalam kelapa parut.
  7. Sedia untuk dihidang.