Kuih Seri Kaya Kukus

Kuih Seri Kaya Kukus

Bahan-bahan:

  • Telur – 5 biji (gred A)
  • Gula putih – 1/2 cawan
  • Gula perang – 1/2 cawan
  • Garam – 1/2 sudu kecil
  • Daun pandan – 2 helai (simpul)
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur, masukkan daun pandan yang disimpul. Pukul telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula putih dan gula perang. Kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkn esen vanilla dan garam. Kacau sehinggan sebati. Tapis adunan.
  4. Sapu minyak atau marjerin pada loyang dan tuang adunan yang ditapis ke dalam loyang.
  5. Kukus selama 30minit atau sehingga masak. Pastikan air telah mendidih sebelum letakkan loyang ke dalam pengukus. Setelah masak, sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.