Sambal Berlada Telur Pecah

Bahan-bahan:

  • Telur – 2 biji (gred A)
  • Bawang besar – 1 biji *
  • Bawang putih – 3 ulas *
  • Cili merah – 2 tangkai *
  • Cili padi – 10 tangkai *
  • Tomato – 1/2 biji *
  • Air – 1/2 cawan
  • Garam
  • Gula

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian masukkan garam dan gula. Biar kan mendidih.
  3. Pecahkan telur. Tutup dengan penutup kuali seketika.
  4. Setelah masak, boleh dihidang bersama nasi.