Hari ini, kita kongsi resipi sayur. Sayur kailan ikan masin ni nampak mudah, salah teknik lain pula rasanya. Boleh cuba teknik ini ya 🙂
Bahan-bahan:
- Sayur kailan
- Ikan masin/jeruk – 1 keping
- Bawang putih – 2 ulas
- Bawang besar – 1 biji
- Sos tiram – 1 sudu besar
Cara-cara:
- Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan ikan masin, goreng sehingga agak garing.
- Kemudian masukkan sayur kailan.
- Masukkan sos tiram, perasakan dengan garam dan gula. Masak sekejap sahaja, jangan biarkan sayur menjadi layu.