Resipi Kerutuk Daging Kelantan

Resipi Kerutuk Daging Kelantan

Bahan-bahan:

  • Daging – 1kg
  • Rempah kerutuk – 3 sudu besar
  • Bawang putih – 4 ulas *
  • Bawang besar – 2 biji *
  • Halia – 1 inci *
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Asam jawa – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Santan – 1 cawan
  • Gula melaka – 1/2 keping
  • Garam
  • Gula

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kerutuk. Kacau sebati supaya tidak hangit dan berketul.
  3. Masukkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging. Tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan daging empuk dan lembut.
  5. Kemudian, masukkan santan dan air.
  6. Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan gula melaka, gula putih dan garam. Kacau sebati. 
  7. Apabila kuah agak pekat, tutup api. Sedia untuk dihidang.