BAHAN ROTI PURI
- Tepung gandum – 2 cawan
- Yis kering – 1 sudu besar
- Majerin – 1 sudu besar
- Susu pekat – 1 sudu besar
- Minyak jagung/masak – 1 susu besar
- Garam sedikit
- Air suam- ½ cawan (tambah jika perlu)
CARA-CARA BUAT ROTI PURI
- Satukan semua bahan roti kecuali air. Ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air dan uli sekejap. Perap selama 30 minit.
- Selepas doh mengembang, tumbuk doh umtuk buang angin. Ambil doh dan uli. Bulatkan doh dan leperkan menggunakan 2 helai plastik.
- Isikan minyak dalam kuali, agak-agak supaya roti tenggelam. Goreng roti sambil curahkan minyak ke atas roti. Pastikan api perlahan.
BAHAN SAMBAL SARDIN
- Bawang holland – 1 biji
- Serbuk cili/cili giling – 1 sudu besar
- Serbuk kari – 1 sudu besar
- Sardin tin kecil – 1
- Air
- Garam
- Gula
CARA-CARA BUAT SAMBAL SARDIN
- Tumis bawang holland sehingga kekuningan. Masukkan serbuk cili/cili giling dan serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan sardin dan sedikit air.
- Perasakan dengan gula dan garam. Masak sehingga mendidih.
Sedia untuk di makan 🙂