Resipi Nasi Ayam

Resipi Nasi Ayam

BAHAN A – PERAP AYAM

  • Ayam – 1 ekor
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Madu
  • Bawang putih – 4 ulas *
  • Bawang merah – 5 ulas *
  • Halia – 2 inci *
  • Air

CARA – CARA

  1. Kisar bahan bertanda * dan perap ayam 30 minit.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam periuk dan masukkan air. Perlahankan api hingga ayam masak.
  3. Toskan ayam tadi dan perap ayam dengan sos tiram, kicap dan madu selama satu jam.
  4. Goreng ayam secara “deep fry” (sehingga ayam tenggelam). Setelah masak, toskan ayam. Boleh dipotong dan sedia untuk dihidang.

p/s: boleh juga masak dalam air fryer (suhu 190, masa 20 minit)


BAHAN B – NASI

  • Beras – 2 pot
  • Majerin – 2 sudu besar *
  • Bawang putih – 3 ulas *
  • Halia – 2 inci *
  • Bunga lawing *
  • Bunga cengkih *
  • Buah pelage *
  • Kulit kayu manis *
  • Kiub pati ayam – 1

CARA-CARA:

  1. Tumis bahan bertanda * sampai naik bau.
  2. Masukkan air rebusan ayam, kiub pati ayam dan masak hingga mendidih. Tutup api.
  3. Tuang ke dalam beras yang telah dicuci bersih dan masak seperti biasa. Sukat air mengikut sukatan beras masing-masing.

BAHAN C – SUP

  • Air rebusan ayam
  • Rempah sup bunjut – 2
  • Kiub pati ayam – 1
  • Garam
  • Gula
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

CARA-CARA:

  1. Masukkan rempah sup bunjut ke dalam air rebusan ayam tadi.
  2. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula. Masak hingga mendidih.
  3. Setelah masak, tutup api. Taburkan daun bawang dan bawang goreng.

BAHAN D – SAMBAL KICAP

  • Air rebusan ayam – 1 hingga 2 cawan.
  • Kicap secukupnya
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA:

  1. Masukkan air rebusan ayam dan kicap ke dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih.
  2. Perasakan dengan gula dan garam. Siap.

p/s: timun, tomato dan salad jangan lupa