Resipi Kek Batik Coklat Ganache

Resipi Kek Batik Coklat Ganache

Buat makan petang-petang sedap ni, perkena pula dengan kopi atau teh. fuh pergi diaa. Untuk Resipi Kek Batik Coklat Ganache seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Biskut marie – 2 paket / 600g
  • Mentega – 250 g
  • Susu pekat – 1/2 cawan
  • Serbuk koko – 50g
  • Serbuk milo – 1 cawan
  • Air panas – 1/2 cawan
  • Telur – 1 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil

Bahan Topping

  • Whipping cream – 200ml
  • Dark chocolate coins – 200g
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Mentega – 1 sudu besar

Cara-cara:

  1. Patahkan biskut marie.
  2. Panaskan mentega sehingga cair.
  3. Masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sehingga tidak berketul.
  4. Masukkan air panas, telur dan esen vanilla. Kacau cepat-cepat. Kacau sehingga halus. Tutup api.
  5. Masukkan biskut marie. Gaul sebati.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Sejukkan seketika.
  7. Panaskan whipping cream dalam periuk. Tutup api.
  8. Di dalam bekas lain, masukkan dark chocolate coins. Tuang whipping cream panas ke dalam bekas itu.
  9. Masukkan esen vanilla dan mentega.
  10. Kacau sehingga hancur dan berkilat. 
  11. Tuang ke atas kek batik. Sejukkan selama 5-6jam atau semalaman. (P/s: rendam pisau ke dalam air panas sebelum potong kek batik)