Hari ini saya nak kongsikan Resipi Asam Pedas Ikan Pari paling mudah. Cukup bahan dan rasa pun sedap. Boleh lihat bahan-bahan dan cara masak di bawah.
Boleh makan untuk 3-4 orang makan.
Bahan-bahan:
- 1 Keping Ikan Pari yang saiz besar. Kalau kecil boleh guna 2 keping.
- 1 bunga kantan – belah 4
- 1 ikat daun kesum
- 1/2 sudu kecil pes asam jawa
- Garam sekucup rasa
- 5-6 kacang bendi
- 1 biji tomato
- 1 cili merah besar. opsyen. saya guna untuk nampak seri sahaja.
- Air.
- 5-6 ulas bawang merah *
- 1 bawang besar *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 inci halia *
- 1/2 inci kunyit *
- 4-5 sudu besar cili kisar *
- Sedikit belacan *
* Dikisar
Nota: Penyedia sukatan bahan, boleh agak dengan mata hati baru masakan sedap. 🙂
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Atau agak-agak nampak kering.
- Masukkan air dan bunga kantan.
- Dah panas, masukkan ikan pari, daun kesum dan air pes asam jawa
- Tambah air jika perlu. Biar agak-agak tenggelam ikan pari.
- Gunakan api yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.
- Baru masukkan kacang bendi, buah tomato, cili merah dan garam secukup rasa.
Masak dengan hati, mesti sedap punya. Selamat mencuba.