Tomyam Campur Ayam & Makanan Laut

Tomyam Campur Ayam & Makanan Laut

BAHAN – BAHAN:

  • Ayam 1 Ekor
  • Makanan laut
  • Bawang putih – 10 ulas
  • Bawang besar – 2 biji (potong dadu)
  • Perencah tomyam thai – 5 sudu besar
  • Sos cili – 3 sudu
  • Cili padi – 5 tangkai (diketuk)
  • Daun limau purut – 5 helai
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Limau nipis – 2 biji (diperah)
  • Tomato – 3 biji
  • Garam
  • Susu cair (optional)
  • Daun ketumbar (optional)
  • Air
  • Sayur-sayuran
  • Lobak merah – 1 batang
  • Bunga kobis
  • Cendawan

CARA – CARA:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan air dan ayam serta makanan laut.
  2. Masukkan perencah tomyam. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan sos cili, serai, daun limau purut dan sayur sayuran serta cili padi.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan air limau nipis.
  5. Masak sehingga mendidih. Tutup api. Boleh masukkan susu cair dan daun ketumbar (optional).

Ini rupa perencah tomyam thai: