Resipi Buttermilk Chicken

Resipi Buttermilk Chicken

BAHAN A – Ayam Goreng

  • Ayam – ½ ekor (potong kecil)
  • Garam
  • Tepung bestari
  • Air

CARA – CARA:

  1. Gaulkan ayam dengan garam. Masukkan tepung bestari dan sedikit air. Perap 30 minit.
  2. Setelah diperap, salutkan ayam dengan tepung bestari (lapisan kedua).
  3. Goreng dengan minyak yang panas. Toskan.

BAHAN B – Buttermilk

  • Daun kari – 2 tangkai
  • Butter – 2 sudu besar
  • Bawang besar – 1 biji (potong dadu)
  • Bawang putih – 2 ulas (cincang)
  • Cili padi – 3 tangkai
  • Susu cair – 1 tin
  • Cheese – 1 keping
  • Tepung jagung – 1 sudu

CARA – CARA:

  1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili padi sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan susu cair. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan cheese.
  3. Masukkan tepung jagung. Kacau hingga pekat.
  4. Akhir sekali, masukkan ayam dan gaul sebati.

Kalau nak tengok video, boleh tengok video Khairul Amin di bawah ini: Video asal di instagram Buttermilk Chicken