Resipi Kari Ikan Tongkol Tenggiri

Resipi Kari Ikan Tongkol Tenggiri

Sedap dan mudah sahaja cara buat kari ikan tongkol. Boleh ikut Resipi Kari Ikan Tongkol Tenggiri di bawah ini.

BAHAN – BAHAN:

  • Ikan tongkol – sederhana (dipotong)
  • Asam jawa – 3 sudu besar (dibancuh) ** Rendam ikan bersama asam jawa yang dibancuh selama 1 jam, sebelum dimasak
  • Bawang merah – 10 ulas (dihiris)
  • Bawang putih – 6 ulas (dihiris)
  • Halia – 1 inci (dihiris)
  • Halba campur – 1 sudu kecil
  • Serbuk kari ikan – 1 paket kecil
  • Asam jawa – 2 sudu besar * bancuh Bersama serbuk kari ikan
  • Santan – ½ kg
  • Lada hijau – 4 tangkai
  • Tomato – 2 biji (potong 4)
  • Bendi – 5 batang
  • Garam
  • Gula

CARA – CARA:

  1. Tumis halba sehingga naik bau. Masukkan bahan yang dihiris dan masak hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari ikan yang telah dibancuh bersama air asam jawa. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan air. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan, lada hijau, tomato, garam dan gula. Tambah air sehingga ikan tenggelam.
  5. Akhir sekali, masukkan bendi dan biarkan mendidih seketika. Tutup api. Sedia untuk dihidang.