Resipi Udang Galah Masak Merah

Resipi Udang Galah Masak Merah

Fuh tengok gambar pun dah menyelerakan! Jom buat sekarang. Sedap ni Udang Galah Masak Merah.

BAHAN – BAHAN:

  • Udang galah – 1 kg
  • Cili kering – 15 tangkai (dikisar)
  • Bawang merah – 10 ulas (dikisar)
  • Bawamg putih – 5 ulas (dikisar)
  • Halia – 1 inci (dikisar)
  • Kunyit hidup – 1 inci (dikisar)
  • Serai – 3 batang (diketuk)
  • Santan – 2 cawan
  • Asam keping – 3 keping
  • Air – 2 cawan
  • Gula melaka – ½ keping
  • Garam & Gula

CARA – CARA:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan air, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan udang galah dan serai. Gaul sebati.
  4. Masukkan asam keping dan gula melaka. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Biarkan sehingga udang masak.