Resipi Ayam Masala

Resipi Ayam Masala

BAHAN – BAHAN

  • Ayam – 1 ekor (potong 16)
  • Serbuk kunyit
  • Cili kering – 20 tangkai
  • Bawang merah – 15 ulas (dikisar)
  • Bawang putih – 1 labu (dikisar)
  • Serbuk kari ayam – 1 paket kecil
  • Asam jawa – 2 sudu besar (dibancuh)
  • Daun kari – 3 tangkai
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Sos cili – 5 sudu besar
  • Garam
  • Gula

CARA – CARA:

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Jangan garing sangat nanti keras.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari ayam dan air asam jawa.
  4. Biarkan mendidih. Masukkan sos tiram dan sos cili.
  5. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan daun kari.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.