Ayam Masak Blackpepper

Ayam Masak Blackpepper

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya
  • Bawang putih – 3 ulas (hiris)
  • Bawang merah – 2 ulas (hiris)
  • Cili merah – 1 tangkai (hiris)
  • Halia – 2 inci (hiris)
  • Lada hitam – 2 sudu besar (kisar kasar)
  • Sos lada hitam – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Kicap – 1  sudu ebsar
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan ayam. Tambah air jika suka berkuah. Masak hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan lada hitam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan cili merah. Gaul sebati. Tutup api, sedia untuk dihidang.