Cara Buat Kerabu Mangga Sedap

Cara Buat Kerabu Mangga Sedap

Antara menu wajib bagi orang Kelantan pada bulan puasa. Mesti kena buat sekali. Caranya mudah sahaja. Yang paling penting guna yang dibakar. Rasa lagi sedap.

Bahan-bahan:

  • Mangga epal/lemak – 5 biji
  • Bawang merah – 7 ulas
  • Lada hitam – 1 sudu besar
  • Lada burung – 5 tangkai
  • Ikan bakar (selayang) – 5 ekor
  • Santan segar – 1 cawan
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Kupas mangga dan parut halus. Ketepikan.
  2. Tumbuk lada hitam dan bawang merah. 
  3. Masukkan ikan bakar yang telah dibuang tulang. Tumbuk bersama lada hitam dan bawang merah.
  4. Dalam bekas kosong, masukkan bahan yang ditumbuk. Gaul bersama mangga dan masukkan santan segar. Gaul sebati.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Akhir sekali, taburkan lada burung dan gaul. Letakkan di dalam peti sejuk supaya kerabu tidak basi (sebab guna santan).