Cara Buat Macaroni Cheese Bakar

Cara Buat Macaroni Cheese Bakar

Bahan-bahan sos putih:

  • Mentega – 2 sudu besar
  • Tepung gandum -2 sudu besar
  • Susu segar – 2 cawan
  • Kiub ayam – ½ 

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam periuk.
  2. Kacau dalam api perlahan sehingga mendidih dan sos menjadi pekat. Matikan api dan ketepikan.

Bahan-bahan macaroni:

  • Macaroni – 3 cawan
  • Bawang holland – 2 biji (potong dadu)
  • Carrot – 1 batang (potong dadu)
  • Tomato – 2 biji (potong dadu)
  • Tomato puri – 1 tin kecil
  • Sos cili – 2 sudu besar
  • Ayam – 1 keping bahagian dada
  • Mozzarella cheese parut
  • Mixed herbs
  • Garam
  • Gula 

Cara-cara:

  1. Rebus macaroni dalam periuk berisi air. Rebus sehingga agak empuk. Toskan dan ketepikan.
  2. Tumis bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan ayam. Kacau sebati sehingga ayam masak.
  4. Masukkan tomato puri, air separuh cawan dan sos cili.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Masukkan pula carrot dan tomato.
  6. Masukkan macaroni yang telah direbus. Gaul sebati. Tutup api.
  7. Sapu sedikit mentega pada bekas makanan aluminium. Masukkan macaroni, tuangkan sos putih dan taburkan mozzarella cheese. Akhir sekali, tabur mixed herbs.
  8. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.