Cara Buat Sambal Hitam Pahang

Cara Buat Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan:

  • Belimbing buluh – 3 kg
  • Ikan bilis – 300 gram (dikisar)
  • Bawang holland – 2 biji (dikisar)
  • Cili padi – 20 tangkai (dikisar)
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Cuci belimbing buluh sehingga bersih. Toskan. Kemudian rebus belimbing buluh dengan sedikit garam kasar selama 3 hingga 4 jam (bertukar warna hitam). Api sederhana sahaja.
    p/s: tak perlu tambah air, nanti air dari belimbing buluh akan keluar.
  2. Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak dan garing. Perasakan dengan garam dan gula. Perlahankan api.
  3. Kemudian masukkan belimbing buluh. Kacau sehingga sambal menjadi agak kering dan sebati.