Daging Harimau Menangis & Sos

1. BAHAN-BAHAN PERAP:

  • Daging – 1kg (boleh potong nipis/setongkol)
  • Bawang putih – 7 ulas (ditumbuk)
  • Lada hitam – 1 sudu besar (ditumbuk)
  • Garam – 1 sudu besar
  • Sos tiram – 5 sudu besar
  • Sos ikan – 4 sudu besar
  • Kicap manis – 4 sudu besar
  • Brown sugar – 5 sudu besar
  • Minyak masak – 3 sudu besar

* Perap daging semalaman

CARA-CARA:

  1. Panggang daging di atas kuali atau bakar dalam air fryer 180°C 25 minit.
  2. Setelah masak, hiris daging nipis-nipis.

2. BAHAN-BAHAN SOS:

  • Bawang putih – 5 ulas (ditumbuk)
  • Cili padi – 10 tangkai (ditumbuk)
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Sos ikan – 2 sudu besar
  • Limau nipis – 1 biji (diperah)
  • Garam
  • Gula
  • Daun ketumbar

CARA-CARA:

  1. Campur semua bahan diatas. Kacau sebati.
  2. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar.