Keuy Teow Goreng

Keuy Teow Goreng

Bahan-bahan:

  • Kuey teow – 2 pack
  • Ayam
  • Bawang putih – 3 ulas (tumbuk)
  • Cili kering – 5 tangkai (kisar)
  • Sayur – kubis (kalau suka taugeh, boleh letak. Kuchai sekali)
  • Kicap manis – 4/5 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Sos cili – 2 sudu besar
  • Sedikit garam atau gula
  • Daun supĀ 
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kering. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam.
  3. Masukkan pula sos cili, kicap manis dan sos tiram.
  4. Perasakan dengan garam atau gula. Masukkan kuey teow dan kubis.
  5. Kacau sebati. Akhir sekali, taburkan daun sup dan bawang goreng.