Korean Spicy Chicken

BAHAN PERAPAN AYAM:

  • Ayam – bahagian wing & drummet
  • Bawang putih – 5 ulas (ditumbuk)
  • Lada hitam
  • Garam
  • Tepung beras

CARA – CARA:

  1. Perapkan ayam dengan bawang, garam dan lada hitam.
  2. Salutkan dengan tepung beras.
  3. Goreng ayam secara ‘deep fry’. Toskan.

BAHAN SOS:

  • Sos korea adabi/gochujang – 2 sudu besar
  • Madu – 1 sudu besar
  • Kicap manis – 1 sudu besar
  • Air – ½ cawan
  • Tepung jagung – 1 sudu besar (dibancuh)
  • Bijan putih – hiasan
  • Garam
  • Gula

CARA – CARA:

  1. Masukkan air, sos korea adabi/gochujang, madu dan kicap manis.
  2. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan gula.
  3. Masukkan tepung jagung. Masak sehingga mendidih. Perlahankan api.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
  5. Taburkan bijan putih ke atas ayam tadi.