Kuey Teow Kungfu

Bahan-bahan:

  • Kuey teow – 1 pack (basuh dan toskan)
  • Ayam
  • Udang
  • Kobis/carrot/sawi
  • Kiub ayam – 1
  • Tepung jagung – 3 sudu besar (dibancuh)
  • Cili padi – 4 tangkai (dihiris)
  • Bawang putih – 3 ulas (diketuk)
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Telur – 2 biji
  • Lada sulah
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk, ambil segenggam kuey teow (agak-agak satu orang makan) dan taburkan lada sulah sedikit. Gaul sebati.
  2. Goreng kuey teow sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
  3. Kemudian, tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan air dan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan kiub ayam, sos tiram, garam dan gula secukupnya.
  6. Apabila rasa sebati, masukkan sayur dan udang serta cili padi.
  7. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Tuang kuah ke atas kuey teow yang telah digoreng tadi.