Lala Masak Shell Out

Lala Masak Shell Out

BAHAN – BAHAN:

  • Lala – 1 kg (direbus sehingga masak, toskan)
  • Bawang putih – 4 ulas (dikisar)
  • Bawang merah – 3 ulas (dikisar)
  • Cili kering – 10 tangkai (dikisar)
  • Halia – 1 inci (dikisar)
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Rempah kari ayam/daging – 1 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Daun limau purut – 3 keping
  • Garam
  • Gula
  • Air rebusan lala – 1 cawan
  • Brokoli

CARA – CARA:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Masukkan rempah kari dan sos tiram. Kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut sehingga naik bau.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali, masukkan lala dan brokoli. Gaul sebati.