Nasi Arab Ikan Siakap

Nasi Arab Ikan Siakap

BAHAN PERAP IKAN

  • Serbuk kunyit – 1 sudu besar
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Serbuk cili – 1 sudu kecil
  • Jintan manis – 1 sudu kecil *
  • Jintan putih – 1 sudu kecil *
  • Ketumbar – 1 sudu kecil *
  • Lada hitam – 1 sudu kecil *

Yang bertanda * DIKISAR KERING

BAHAN NASI ARAB

  • Beras basmathi – 2 cawan
  • Tomato puree – ½ tin
  • Susu cair – ½ tin
  • Bawang goreng
  • Rempah 4 sekawan
  • Tomato – 2 (potong 4)
  • Bay leave (tak letak sebab tak ada)
  • Cili merah – 3
  • Cili hijau – 3
  • Daun ketumbar
  • Garam
  • Gula
  • Bawang merah – 2 ulas (dihiris)
  • Bawang besar – 1 biji (dihiris)
  • Bawang putih – 3 ulas (dihiris)
  • Halia – ½ inci (dihiris)
  • Bawang merah – 2 ulas (DIKISAR)
  • Bawang putih – 4 ulas (DIKISAR)
  • Halia – ½ inci (DIKISAR)
  • Serbuk cili – 1 sudu kecil *
  • Jintan manis – 1 sudu kecil *
  • Jintan putih – 1 sudu kecil *
  • Ketumbar – 1 sudu kecil *
  • Lada hitam – 1 sudu kecil *

Yang bertanda * DIKISAR KERING


CARA-CARA:

  1. Kelarkan ikan dan lumurkan bahan perap ikan selama 30 minit sehingga satu jam.
  2. Tumiskan rempah 4 sekawan dan bahan yang dihiris sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan semua bahan yang dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan susu cair serta tomato puree. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula air (mengikut sukatan beras).
  5. Masukkan tomato, lada hijau dan lada merah. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
  6. Masukkan beras dan masak seperti biasa.
  7. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak hingga ikan tenggelam. Goreng sehingga garing dan toskan. Setelah nasi masak, boleh la dihidang bersama ikan tadi.