Nasi Goreng Ikan Masin

Nasi Goreng Ikan Masin

BAHAN – BAHAN:

  • Ikan masin – 4 keping (ikan tenggiri)*buang tulang tengah
  • Nasi – 3 mangkuk sederhana
  • Sayur kailan
  • Telur – 2 biji
  • Bawang putih – 3 ulas (ditumbuk)
  • Bawang hollans – 1 biji (dihiris)
  • Cili padi – 3 (diketuk)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula

CARA – CARA:

  1. Gorengkan ikan masin sehingga garing. Kemudian masukkan bawang putih, bawang holland dan cili padi. Masak sehingga naik bau.
  2. Ketepikan. Pecahkan 2 biji telur. Kacau hancur sehingga masak. Gaul bersama bahan yang telah diketepikan tadi.
  3. Masukkan sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan nasi. Gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan sayur kailan. Masak sekejap. Sedia untuk dihidang bersama telur mata.