Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih – 5 cawan
  • Bawang merah – 3 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih – 5 ulas (ditumbuk)
  • Belacan- optional (tak letak pun)
  • Cili padi – 5 tangkai (kalau suka pedas boleh tambah)
  • Telur – 2 biji
  • Sayur – kangkung atau sawi
  • Ikan bilis – 1 genggam
  • Ayam – potong dadu
  • Kicap manis – 1 sudu besar
  • Sos tiram – 1 sudu besar

CARA-CARA:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawnag putih dan bawang merah sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan cili padi dan ayam.
  4. Kemudian masukkan telur. Kacau sebati.
  5. Masukkan sos tiram, kicap, garam dan gula. Gaul.
  6. Masukkan nasi putih dan sayur.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng.