Nasi Goreng Tomyam

Nasi Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

  • Nasi – 2 cawan
  • Ayam – secukupnya
  • Pes tomyam – 4 sudu kecil
  • Serai – 2 batang (hiris serong)
  • Cili padi – 1 tangkai (kalau suka pedas boleh lebihkan)
  • Daun limau purut – 2 helai (hiris halus)
  • Bawang putih – 3 ulas (dihiris)
  • Bawang merah – 3 ulas (dihiris)
  • Limau – 1/2 biji (air perahan)
  • Kiub ayam – 1/2 
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Kubis

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Kemudian masukkan ayam dan pes tomyam. Masukkan sos tiram.
  3. Setelah itu, masukkan serai, daun limau purut, air perahan limau, cili padi dan kiub ayam. Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan nasi dan kubis. Gaul sebati. Tutup api. Sedia untuk dihidang.