Resipi Acar Timun Masak Tanpa Santan

Resipi Acar Timun Masak Tanpa Santan

Untuk anda yang gemar akan Acar timun, mungkin boleh cuba buat Resipi Acar Timun Masak Tanpa Santan. Sedap juga walaupun tanpa santan.

Bahan-bahan:

  • Timun – potong dan belah 2
  • Tauge
  • BendiĀ 
  • Kubis
  • Air – 1 1/2 cawan
  • Cuka
  • Garam
  • Gula
  • Bawang merah – 5 ulas *
  • Bawang putih – 1 ulas *
  • Halia – 1/2 inci *
  • Cili kering – 5 tangkai *

* Dikisar

 

Cara-cara:

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air. Masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan timun, tauge, bendi dan kubis. Masak sekejap sahaja lebih kurang 5minit.
  4. Tutup api. Sedia untuk dihidang.