Resipi Asam Pedas Ikan Pari Simple

Resipi Asam Pedas Ikan Pari Simple

Hari ini saya nak kongsikan Resipi Asam Pedas Ikan Pari paling mudah. Cukup bahan dan rasa pun sedap. Boleh lihat bahan-bahan dan cara masak di bawah.

Boleh makan untuk 3-4 orang makan.

Bahan-bahan:

  • 1 Keping Ikan Pari yang saiz besar. Kalau kecil boleh guna 2 keping.
  • 1 bunga kantan – belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 1/2 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam sekucup rasa
  • 5-6 kacang bendi
  • 1 biji tomato
  • 1 cili merah besar. opsyen. saya guna untuk nampak seri sahaja.
  • Air.
  • 5-6 ulas bawang merah *
  • 1 bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1/2 inci kunyit *
  • 4-5 sudu besar cili kisar *
  • Sedikit belacan *
* Dikisar
Nota: Penyedia sukatan bahan, boleh agak dengan mata hati baru masakan sedap. 🙂

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Atau agak-agak nampak kering.
  2. Masukkan air dan bunga kantan.
  3. Dah panas, masukkan ikan pari, daun kesum dan air pes asam jawa
  4. Tambah air jika perlu. Biar agak-agak tenggelam ikan pari.
  5. Gunakan api yang perlahan. Tunggu sehingga mendidih.
  6. Baru masukkan kacang bendi, buah tomato, cili merah dan garam secukup rasa.

Masak dengan hati, mesti sedap punya. Selamat mencuba.