Resipi Ayam Bakar Madu Cicah Sos Thai

Resipi Ayam Bakar Madu Cicah Sos Thai

Bahan-bahan untuk ayam:

  • Ayam – 1 ekor (potong 4)
  • Kiub ayam – 1
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Gula perang – 2 sudu besar
  • Kicap manis – 4 sudu besar
  • Madu – 3 sudu besar
  • Minyak bijan – 3 sudu besar

Cara-cara:

  1. Rebus ayam bersama kiub ayam sehingga ayam masak. Toskan.
  2. Perap ayam dengan kicap manis, sos tiram, madu, gula perang dan minyak bijan. Perap ayam selama 2 jam.
  3. Bakar dalam air fryer selama 10 minit untuk kedua2 bahagian ayam, suhu 180.
  4. Setelah masak, potong ayam kecil-kecil.

 

Bahan-bahan sos thai:

  • Cili padi – 5 tangkai
  • Bawang putih – 2 biji
  • Limau nipis – 2-3 biji (diperah)
  • Gula perang – 3 sudu besar
  • Garam – 1/2 sudu kecil
  • Daun ketumbar – dihiris halus

Cara-cara:

  1. Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih.
  2. Perahkan limau nipis.
  3. Perasakan dengan gula perang dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Kacau sebati. Sedia untuk dihidang bersama ayam bakar madu.