Resipi Ayam Goreng Pandan

Resipi Ayam Goreng Pandan

Ayam Goreng Pandan biasa dekat restoren thai ada. Kalau nak try buat sendiri tak de la susah sangat. Boleh ikut Resipi Ayam Goreng Pandan ini:

BAHAN – BAHAN:

  • Ayam – 2 keping (bahagian dada-potong kecil)
  • Bawang putih – 5 ulas (ditumbuk)
  • Halia – 1 ½ inci (ditumbuk)
  • Serai – 2 batang (ditumbuk)
  • Gula melaka – ½ keping (ditumbuk)
  • Kicap manis – 2 sudu besar
  • Sos tiram – 2 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Daun pandan
  • Toothpicks

CARA – CARA:

  1. Perapkan ayam bersama bahan yang ditumbuk, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Perap selama 1 hingga 2 jam.
  2. Selepas diperap, balutkan ayam menggunakan daun pandan dan kemas kan daun pandan menggunakan toothpicks.
  3. Setelah selesai, goreng ayam dalam minyak yang panas secara ‘deep fry’.
  4. Sedia untuk dihidang.