Resipi Ayam Masak Belado

Resipi Ayam Masak Belado

Jangan goreng kunyit je setiap hari, anak pun bosan! Nah cuba Resipi Ayam Masak Belado. Simple je dan kejap jer. Upgrade sikit dari ayam goreng kunyit. 😛

Bahan-bahan:

  • Ayam – 8 ketul
  • Bawang merah – 4 ulas *
  • Bawang putih – 2 ulas *
  • Cili padi hijau – 12 tangkai *
  • Halia – 1 inci *
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Garam
  • Gula
  • Kunyit
  • Limau nipis

* ditumbuk

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam bersama sedikit kunyit dan garam serta air perahan limau nipis. Perap seketika.
  2. Goreng ayam sehingga garing. Toskan.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan serai yang diketuk.
  5. Masukkan sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul sebati.
  7. Siap dan sedia untuk dihidang.