Resipi Ayam Masak Halia

Resipi Ayam Masak Halia

Bahan-bahan:

  • Ayam – potong kecil 
  • Bawang putih – 2 ulas (hiris halus)
  • Halia – 3 inci (hiris halus)
  • Cili padi – 3 tangkai (hiris halus)
  • Brokoli/cauliflower/carrot
  • Sos tiram – 1 sudu besar
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan sedikit garam dan goreng separuh masak. Toskan.
  2. Kemudia tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, ayam dan air.
  4. Masak sehingga mendidih.
  5. Peraskan dengan garam dan gula. Masukkan sayur dan cili padi.
  6. Biarkan mendidih seketika, tutup api dan sedia untuk dihidang.