Resipi Ketupat Sotong

Resipi Ketupat Sotong

Belah-belah Kelantan, ketupat sotong  memang menu paling sedap. Untuk anda pertama kali nak buat, boleh cuba guna Resipi Ketupat Sotong ini.

BAHAN – BAHAN:

  • Sotong – 1 kg (saiz sederhana)
  • Beras pulut – 1 cawan
  • Santan – ½ kg
  • Daun pandan – 3 helai
  • Gula melaka – 3 keping
  • Lidi halus
  • Air – 3 cawan
  • Garam

CARA – CARA:

  1. Basuh beras pulut dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, gaul bersama 1 hingga 2 sudu santan.
  2. Basuh sotong, asingkan kepala dan badan sotong.
  3. Isikan 1 sudu besar (anggaran) pulut ke dalam badan sotong. Kemas kan kepala sotong dan badan sotong dengan lidi.
  4. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan santan dan air (ikut kepekatan, tak boleh cair sangat)
  5. Masak dalam 20 minit. Kemudian masukkan gula melaka, gula, garam dan daun pandan.
  6. Masak sehingga mendidih seketika.