Resipi Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang

Resipi Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang

Bahan-bahan:

  • Cili padi – 8 tangkai (tambah jika suka pedas)*
  • Bawang merah – 5 ulas*
  • Bawang putih – 3 ulas *
  • Kunyit hidup – 2 inci *
  • Serai – 2 batang (diketuk)
  • Udang – 20 ekor
  • Santan – 1 1/2 cawan
  • Asam keping – 2 
  • Pucuk paku

* Dikisar

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang. Tambah sedikit air.
  3. Perasakan dengan asam keping dan garam.
  4. Kemudian, masukkan santan. Masak sehingga mendidih.
  5. Masukkan pucuk paku. Masak sekejap sahaja (lebih kurang 5minit). Jangan lama sangat.
  6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.